Tuesday 22 November 2011

RUMUSAN

Sistem maklumat sumber manusia merupakan satu rangkaian sistem yang penting bagi menguruskan sumber manusia serta  ia adalah sebahagian daripada  organisasi. Sistem maklumat bukanlah sekadar komputer sahaja. Pada hakikatnya , bagi sesetengah syarikat seperti firma-firma saham serta jabatan kerajaan  tidak mampu untuk menjalankan perniagaan tanpa adanya sistem maklumat. Kebanyakan  prosedur-prosedur operasi piawai yang dimiliki oleh sesebuah organisasi telah digabungkan dalam sistem maklumat seperti kaedah untuk membuat pembayaraan kepada pembekal atau kaedah untuk membetulkan bil yang mengandungi kesalahan(Kenneth C.Laudon ,2000).
Setiap  organisasi mempunyai budaya , andaian- andaian asas , nilai- nilai serta cara melakukan kerja yang tersendiri dan diterima oleh hampir keseluruhan ahlinya. Sebahagian daripada budaya sesebuah organisasi selalunya dapat ditemui terserap di dalam sistem maklumat organisasi tersebut(Kenneth C.Laudon 2000).
 Bagi pihak pengurusan  ini merupakan satu kaedah yang boleh  digunakan bagi menangani sebarang perubahan  dalam pengurusan sumber manusia. Para pengurus perlu mengenalpasti segala cabaran terhadap perniagaaan yang terdapat disekitarnya dan dengan itu mereka merangka strategi bagi organisasi untuk bertindakbalas. Adanya sistem maklumat ini perlu mengikut kesesuaian setempat setiap negara bagi memberi keberkesanan dan kecekapan pada penggunaan sistem maklumat(Kenneth C.Laudon 2000).
 Setiap peringkat pengurusan di dalam organisasi sewajarnya mempunyai daya kreatif untuk menhasilkan pelbagai penyelesaian bagi permasalahan-permasalahan yang dihadapi oleh organisasi. Setiap peringkat pengurusan mempunyai keperluan maklumat dan sistem maklumat yang berbeza. (Kenneth C.Laudon 2000).
Sistem maklumat bukanlah sekadar komputer sahaja. Bagi sistem maklumat  dengan efektif memerlukan pemahaman terhadap organisasi, pengurusan dan juga teknologi maklumat yang membentuk sistem tersebut. Kesemua sistem maklumat ini boleh  digambarkan sebagai penyelesaian organisasi dna pengurusan kepada cabaran-cabaran yang diketengahkan oleh persekitaran. (Kenneth C.Laudon 2000).

Rujukan
       1) Kenneth C.Laudon(2000) , Information System Managment , Six Edition , New York Prentice hall

No comments:

Post a Comment