Tuesday 3 January 2012

PEMBELAJARAN DAN PEMBANGUNAN PEKERJA (ELD)

Pembelajaran dan pembangunan pekerja  adalah persamaan kepada  latihan dan pembangunan pekerja. Ia berorientasikan sebagai tujuan yang mengandungi  konigtif iaitu  pemikiran ,afektif dan tingkahlaku yang mengambarkan  ke arah pembelajaran yang berterusan.(Todd J.Maurer ,2000). 
Tujuan  Pembelajaran dan pembangunan pekerja  untuk membaiki  prestasi pekerja dan organisasi itu sendiri serta meningkatkan  pengetahuan ,  kemahiran dan sikap pekerja  untuk dipindahkan  pembelajaran  ini ke dalam  tugasan pekerjaan  semasa mereka. Pogram  pembangunan juga bertujuan  mengendalikan dan menyediakan   pekerja ke arah pekerjaan masa hadapan mereka. Pembelajaran dan pembangunan pekerja juga bertujuan untuk  memastikan  pekerja boleh berdayasaing  dalam  kerjaya pekerjaan mereka serta  berdayasaing dalam prestasi  pekerjaan  mereka.  Seterusnya  bertujuan membantu pekerja  dalam menangani  tekanan diri dalam menerima bebanan dalam tugasan pekerjaan.
Pembelajaran dan pembangunan pekerja mempunyai lima komponen iaitu  maklumat peribadi pekerja sebagai satu  perisian atau  sistem dalam talian bagi satu penyelesaian untuk  kemasukan data ,  menjejak data dan  maklumat data yang diperlukan dalam mengendalikan latihan dan pembangunan. Maklumat peribadi mengandungi maklumat yang diperlukan dalam kenalan perniagaan contohnya  nama , nombor telefon ,  nombor faks , alamat dan lain-lain. Maklumat  peribadi  juga mengandungi  umur , jantina , status perkahwinan , status kesihatan , status kewangan , alamat rumah  dan lain-lain. Selain itu ia  juga ada maklumat individu iaitu nama , gelaran dan alamat perniagaan  atau nombor telefon. Semua maklumat peribadi  ini akan berhubungkait dengan pembelajaran latihan dan pembangunan pekerja dan semua pekerja akan berpeluang  menghadiri pembelajaran latihan dan pembangunan pekerja yang  mempunyai  sistem   dalam talian. ( Alfred J.Walker , 1993)
Komponen yang kedua ialah  prestasi sebelum latihan , di mana organisasi  boleh mempertimbangkan latarbelakang pendidikan , pengalaman pekerja , tahap prestasi dan bagaimana pekerja  membina  kerja dan tanggunjawabnya. Kriteria yang di ukur ialah melalui keperluan  memahami  prestasi semasa untuk merapatkan jurang prestasi yang kurang baik  kepada prestasi yng baik. Seterusnya ,  mengambil bahagian dalam apa-apa penilaian  tambahan yang diperlukan untuk latihan supaya dapat jaminan  bahawa latihan yang  akan diadakan itu memberi impak   yang sepatutnya. ( Alfred J.Walker , 1993)
Komponen yang ketiga ialah kursus latihan iaitu satu siri pembelajaran untuk mengajar kemahiran dan  pengetahuan yang berkaitan dengan tugasan dalam pekerjaan. Sistem kursus latihan ialah ada mempunyai kod kursus , nama kursus ,  modul , tarikh bermulanya kursus ,  pakar yang mengajar dan sebagainya. ( Alfred J.Walker , 1993)
Komponen yang keempat ialah pemindahan latihan iaitu pembelajaran semasa latihan dapat  di pindahkan ke tempat kerja. Penilaian ini untuk mengukur keberkenan pembelajaran pekerja dalam mempelajari sesuatu latihan dalam program latihan yang diadakan oleh organisasi.(Raymond A.Noe , 2000)
Komponen yang kelima ialah penilaian program untuk menilai program latihan itu berjaya atau tidak berjaya. Penilain program boleh di nilai melalui  penilaian model Kirtpatrick iaitu penilaian melalui pembelajaran  yang  dapat dicerap oleh peserta melalui ujian bertulis selepas  latihan , tingkahlaku  yang berubah melalui pemindahan  pembelajaran  yang dipelajari di tempat latihan ke tempat bekerja,tindakbalas  daripada  peserta bagi memperbaiki   latihan serta hasil yang didapati  secara keseluruhan program latihan iaitu  dapat mengurangkan kos progam latihan  dan berbaloi pada organisasi. (Raymond A.Noe , 2000)
Penggunaan sistem terhadap  program pembelajaran dan  pembangunan pekerja ialah di mana rekod maklumat yang di simpan adalah berhubungkait dengan pengurusan latihan. Segala  pembelajaran latihan dan pembangunan pekerja akan  mempunyai perisian yang memudahkan proses program latihan dengan  menganalisis latihan kepada penilaian latihan. Rekod maklumat peribadi pekerja  dalam kehadiran pekerja dalam latihan,  nama kursus ,  masa kursus dan siapa yang akan  menjadi pengajar serta modul  kursus. (Raymond A.Noe , 2000). Sistem  ini  juga bagi  merancang dan mantau latihan pekerja , pembangunan kerjaya dan prestasi pekerja , bagi untuk menganalisis  pembangunan kerjaya  pekerja. Sistem ini juga  mengsyorkan program-program latihan dan penilaian prestasi  secara berkala serta menganalisis  prestasi program samada berjaya atau tidak berjaya. ( Ronald Jacobs & Cristopher Washington, 2003)

Kelebihan sistem ini ialah  membolehkan pekerja memperbaiki kemahiran terhadap penggunaan komputer ,  di mana pekerja akan sentiasa  menggunakan sistem ini dengan penggunaan  perkakasan komputer seperti penggunaan tetikus , papan kekunci  dengan lancar apabila mahu melihat kursus  yang hendak dihadiri. Selain itu , pekerja   mempunyai  banyak peluang   untuk menambah ilmu dalam  melayari perisian system ini  untuk mendapat maklumat  kursus dan mengurangkan kos pengurusan organisasi.( Ab. Aziz Yusof , 2006)
Kekurangan sistem  ialah  sesetengah  isi kandungan sistem tidak sesuai dengan pengguna. Tidak semua pengguna sistem ini mempunyai masalah yang sama, penggunaan sistem boleh menimbulkan  bermacam-macam  masalah yang berlainan. Seterusnya kekurangannya  ialah   memerlukan   pengguna mengetahui asas kemahiran komputer bagi   penggunaan sistem ini jika tidak pengguna tidak boleh mengguna  sistem ini. Kemudiannya kekurangan  sistem ini  ialah  perhubungan  sesama manusia adalah terhad. ( Ab. Aziz Yusof , 2006)

No comments:

Post a Comment