Tuesday 22 November 2011

SISTEM MAKLUMAT UNTUK BERDAYA SAING

Syarikat mempunyai faedah atau kelebihan dalam budaya daya saing. Ia menyebabkan pengeluaran produk  dan perkhidmatan yang berdaya saing dalam  pasaran. Strategi  berdaya saing digunakan dalam teknologi maklumat. Contohnya syarikat Sony telah membangunkan penggunaan sistem komputer di rumah  individu di negara Jepun. Sony telah merealisasikan pada tahun 2000.
Penentangan dari pesaing di dalam industri  amatlah sengit pada masa kini. Berbagai jenama yang dikeluarkan untuk produk yang sama. Ini adalah satu faktor untuk syarikat  berfikir bagi menangi pasaran dalam perniagaan dengan mengeluarkan  idea  bagi  menyusun strategi( Kenneth C.Laudon , 2000). Contohnya industri perkhidmatan penerbangan iaitu antara syarikat  penerbangan  Malaysia  dan syarikat penerbangan Airasia merupakan dua syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang sama serta mempunyai kuasa penawaran  terhadap perkhidmatan penerbangan  negara Malaysia( Alfred J.Walker ,1993).
Kemasukan produk baru  dalam industri dan pasaran. Terdapat  produk yang sama dikeluarkan dipasaran tetapi mempunyai jenama yang berlainan. Jenama –jenama ini dikeluarkan di masukkan ke dalam pasaran bagi ditawarkan pada pelanggan. Ini merujuk kepada  beberapa produk seperti perkhidmatan telekomunikasi dimana bukan sahaja Telekom menawarkan perkhidmatan telekomunikasi tetapi jenama lain seperti Celcom , Maxis , Digi serta Umobile memasuki bagi  memberi penawaran yang terbaik pada pelanggan.
Produk pengganti boleh  menguasai bahagian pasaran. Produk pengganti merupakan produk  yang disediakan oleh pengeluar bagi membolehkan pelanggan  membuat pilihan pelbagai produk pengganti dipasaran. Kuasa pembelian pada tangan pelanggan ini bagi mencari produk  pengganti yang murah dan berkualiti. Pengeluar terpaksa meyeimbangkan kualiti dan  harga  yang berpatutan  pada produk bagi mendapatkan keuntungan yang berbaloi. Di sini perlu ada strategi  yang bijak  perlu dilakukan oleh pengeluar bagi menarik pelanggan membeli produk mereka( Raymond  A.Noe , 2000). Contoh perkhidmatan pengangkutan  yang mempunyai pelbagai produk pengganti seperti ada kereta , motorsikal , bas  serta basikal untuk dipilih oleh pelanggan.
Kuasa penawaran oleh pelanggan bermakna pengeluaran mengeluarkan produk bergantung kepada kuasa penawaran pelanggan. Kuasa penawaran juga boleh terletak pada pembekal.
Lima strategi lagi iaitu startegi daya saing iaitu menguasai kos di pasaran , di mana pengeluaran kos yang  rendah serta menolong menyeimbangkan kos dan harga yang rendah pada pembekal dan pelanggan. Ia juga boleh meningkatkan kos terhadap pesaing.
Strategi  daya saing  lain ialah strategi  yang berlainan bagi meningkatkan saingan yang nenguntungkan .Contoh penerbangan Malaysia menggunkan kupon terkumpul sehingga pelanggan boleh pergi menaiki kapal terbang  dengan menggunakan kelas ekonomi atau  kelas biasa.
Strategi Inovasi merupakaan strategi daya saing yang boleh dilakukan dengan mengeluarkan produk yang unik dan perkhidmatan yang inovasi.Contoh Tesco ada troli bawa barang makaan boleh mengira  kalori makanan.Ada juga syarikat menyediakan  membeli belah secara talian  dalam internet dan penghantaran barang dengan menggunakan pengangkutan seperti van ke pintu rumah.
 Strategi pertumbuhan juga merupakan strategi daya saing. Syarikat dapat mengembangkan kapasiti syarikat untuk mengeluarkan produk . Selain itu , syarikat dapat mengembangkan perkhidmatan dan  produk ke pasaran global supaya lebih meluas rangkaian perniagaan. Ada pelbagai produk dan perkhidmatan baru diwujudkan.Contoh Bank Islam mewujudkan perkhidmatan  pembukaan akaun simpanan wang pada orang bukan Islam.
Pengabungan syarikat juga salah satu strategi daya saing. Ia boleh mengurangkan kos pengeluaran , kos upah dan  sebagainya. Pengabungan ini meyebabkan pengeluaran sesuatu produk dan perkhidmatan  yang berkualiti, inovatif dan harga dijual adalah berpatutan.

Rujukan
1) Kenneth C.Laudon(2000) , Information System Managment , Six Edition , New York Prentice hall
2) Alfred J.Walker(1993), Handbook Of  Human Resource Information System , New York McGraw-Hill Inc.


No comments:

Post a Comment