Tuesday 22 November 2011

SISTEM MAKLUMAT SUMBER MANUSIA

Belajar sistem maklumat dan teknologi maklumat satu komponen untuk  mencapai kejayaan terhadap perniagaan. Teknologi maklumat  telah membentuk  proses-proses pengurusan  membantu pengurus merancang , mengendali , memimpin dan juga mengawal   dalam strategi  meningkatkan kualiti perkhidmatan serta pengeluaran dan  memberi keuntungan pada firma( Jane P.Laudon 2000 ). Ia juga membantu sesuatu perniagaan itu berkembang dan  berdayasaing. Contohnya Bank Commerce mempunyai sistem yang lebih baik dari Bank Simpanan Nasional. Firma boleh meningkatkan hubungan rangkaian rakan perniagaan dengan menjalankan aktivit-aktiviti pertukaran maklumat,barang,perkhidmatan dan juga pembayaran serta bank juga boleh membuat sistem pinjaman yang cepat dan lancar.  Selain itu bagi memperbaiki  keberkesanan dan kecekapan  terhadap proses perniagaan yang dijalankan. Begitu juga  bagi kemudahan pengurusan membuat keputusan dan kerjasama  dalam kerja berkumpulan. Ia juga membantu para pengurus serta pekerja menganalisa masalah , mengambarkan subjek-subjek yang kompleks serta mencipta produk-produk baru (Kenneth C.Laudon 2000).
Sistem maklumat sumber manusia ialah satu sistem yang digunakan untuk memperolehi , menyimpan , memanipulasi , analisis , mengambil dan mengagihkan maklumat  yang  berhubung   pada organisasi sumber manusia. Ia bukanlah satu  sistem yang mudah dengan hanya perkakasan komputer dan  berhubung rapat  dengan perisian sumber manusia. Jesteru itu , sistem maklumt sumber manusia terdiri  daripada perkakasan dan perisian komputer  termasuklah  manusia , borang , polisi dan peraturan dan data maklumat.( Kavanagh et al. 1990).                                                                                                                                                                             Maksud lain bagi sistem maklumat sumber manusia ialah kumpulan komponen yang saling berkait di antara satu sama lain yang berperanan untuk mengumpul atau mendapatkan kembali , memproses , menyimpan dan mengagihkan maklumat. Ianya berfungsi untuk menyokong proses membuat keputusan dan pengawalan di dalam sesebuah organisasi.(Kenneth C.Laudon  2000).
Konsep sistem maklumat terdiri daripada konsep teknologi yang terdiri daripada perkakasan komputer , perisian komputer , mempunyai  pengurusan data maklumat serta mempunyai rangkaian  telekomunikasi. Applikasi pula ialah menyokong   hubungan proses dalaman sistem maklumat. Pembangunan ialah membangunkan ke arah penggunaan teknologi maklumat termasuklah  komponen asas rekabentuk sistem maklumat. Pengurusan  ialah menjurus ke arah kualiti , nilai strategi perniagaan dan  keselamatan  sistem maklumat organisasi.
Aktiviti Sistem maklumat ialah  terdiri dari Input menerima kemasukan maklumat data mentah contoh jumlah duit  yang masukkan dalam akaun bank ,  kemudian diproses duit dan kenyataan duit  setelah dikeluarkan output atau hasil maklumat yang diproses iaitu pelanggan dapat melihat jumlah keseluruhan maklumat duit yang disimpan  dalam akaun bank (Alfred J.Walker,1993)
Dengan kata lain sistem maklumat mempunyai  tiga aktiviti yang dikenali sebagai kemasukan(input) ialah pengumpulan data-data asal di perolehi , pemprosesan merupakan penukaran data kepada sesuatu bentuk yang lebih bermakna dan keluaran(output) pula aktiviti-aktiviti maklumat yang digunakan.(Kenneth C.Loudan , 2000).

Rujukan
1) Kenneth C.Laudon (2000) ,  Information System Management , Six Edition , New York Prentice hall
2) Alfred J.Walker (1993) , Handbook Of Human Resource Information System ,  New York McGraw-Hill 
     , Inc



No comments:

Post a Comment