Tuesday 22 November 2011

BIODATA DIRI

Nama saya ialah Zanariah Binti Rahmat  yang berumur 33 tahun. Negeri  asal saya ialah  Johor Darul Ta’zim dan sekarang saya menetap di Perumahan Mara Tampoi  Johor Bahru. Saya masih duduk di rumah ibubapa  saya  dan masih bujang.  Tempat kerja saya  adalah di SMK Taman Selesa Jaya 2 di bahagian pentadbiran sebagai pembantu tadbir N17. Pada masa ini saya telah bekerja sambil belajar  separuh masa di UtmSpace dan melanjutkan pelajaran di dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Sumber Manusia. Semester ini saya telah mengambil subjek yang telah di ajar oleh Dr.Nurnaha Binti Mansoor iaitu Sistem Maklumat Sumber Manusia. Subjek ini telah menarik minat saya untuk belajar pada semester ini  kerana subjek ini merupakan subjek yang menambah pengetahuan mengenai sistem  maklumat komputer yang baik dan terkini. Selain itu , pengambilan subjek ini kerana  untuk memenuhi  silibus falkuti. Saya juga dapat membezakan sistem maklumat komputer yang terkini  yang telah digunakan oleh negara maju seperti United Kingdom  dengan negara kita Malaysia. Subjek ini telah membuka minda serta memberi kesedaran kepada diri  saya untuk berfikir lebih luas  sistem maklumat yang digunakan serta terdapat  kemajuan sistem di negara luar. Jesteru itu jika suatu hari saya akan memegang jawatan  sebagai pengurus sumber manusia , saya akan cuba menerapkan sistem yang bersesuaian di dalam organisasi saya bekerja bagi meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan.





No comments:

Post a Comment