Tuesday 22 November 2011

GLOBALISASI

Global adalah  satu  perkara yang menunjukkan kepada perluasan penggunaan kepada sistem  maklumat diperingkat antarabangsa.  Sistem maklumat di gunakan denga globalnya  boleh mengembangkan  rangkaian perniagaan diperingkat secara meluas samada di   dalam negeri atau luar negara.Sesuatu produk dan perkhidmatan yang ditawarkan boleh  bersaing  dengan baik( Kenneth C.Laudon , 2000). Di pesekitaran kita  turut juga  menerima aliran global ini iaitu dengan penggunaan pelbagai sistem teknologi contohnya Ipad ,Tablet , telefon bimbit berbagai jenama  Nokia  serta Samsung. Kita juga turut boleh menggunakan  urusan perbankan seperti simpan wang , keluar wang serta pemindahan wang  secara talian internet. Secara tidak langsung dapatlah para  peniaga  boleh  membuat urusan perniagaan di luar negara.
Beberapa perkara isu global  pengurusan sumber yang boleh diuruskan secara sistem maklumat sumber manusia. Antaranya cara pengambilan pekerja shell di luar negara atau di Malaysia. Dalam global ini ada 3 perbezaan model sistem maklumat sumber manusia iaitu perlu tindakbalas melalui  perbezaan budaya setempat , keperluan  untuk kecekapan melalui integrasi global dan  keperluan untuk pembelajaran melalui inovasi di seluruh dunia yang memanfaatkan dan perkongsian pengetahuan ( Alfred J.Walker ,1993).
Jenis model Multinasional iaitu mengambil kira pendekatan tindakbalas bagi dilaksanakan  dan mengurus sistem maklumat sumber manusia mengikut kesensitifan perbezaan budaya  tempatan dan daerah.Sistem maklumat  sumber manusia mestilah digunakan mengikut  kesesuaian persekitaran setempat contohnya sistem latihan yang dibeli hendaklah diterapkan mengikut budaya setempat di Malaysia. Kuasa telah diberi pada organisasi  untuk menggunakan sistem dan membeli sistem bagi  mengurus sumber manusia(Raymond A.Noe 2000).
Jenis Model Global mengambil kira  pendekatan berkesanan untuk dilaksanakan dan mengurus sistem maklumat sumber manusia dengan membina sistem  yang berdiri sendiri dan sistem pemusatan yang berpiawai. Model ini untuk penggunaan   semua individu atau syarikat. Sistem maklumat boleh digunakan di mana-mana samada di Malaysia dan di negara lain. Pada masa dulu kerajaan Malaysia mempunyai sistem maklumat berpusat di mana pekerja  yang hendak mengemaskini maklumat HRMIS tidak dapat berbuat demikian kerana perlu  berurusan dengan sistem HRMIS berpusat di ibu pejabat kerajaan.
Jenis Model Antarabangsa  adalah mengambil kira pedekatan pembelajaran dan perkongsian bagi dilaksanakan dan menguruskan sistem maklumat sumber manusia bagi memindahkan  dan menerapkan pengetahuan dan kepakaran kepada  organisasi setempat   dengan  pengaruh yang seimbang serta kawalan  melalui model setempat atau luar negara. Model ini adalah model pertengahan dan seimbang. Ia boleh menerapkan teknologi, produk ,perkhidmatan pengetahuan dan kepakaran samada menggunakan model setempat atau luar negara.

Rujukan
1) Kenneth C.Laudon(2000) , Information System Managment , Six Edition , New York Prentice hall.
2) Alfred J.Walker(1993), Handbook Of  Human Resource Information System , New York McGraw-Hill Inc.
3) Raymond A.Noe (2000) , Human Resource Managment , New York McGraw Hill 



































K

No comments:

Post a Comment