Tuesday 3 January 2012

PEREKRUTAN DAN PEMILIHAN PEKERJA



Perekrutan  dan pemilihan pekerja  merupakan suatu proses mendapatkan , menempatkan dan mengalakkan bakal pekerja yang berpotensi untuk mengisi kekosongan jawatan yang sedia ada atau  jawatan yang bakal  diwujudkan dalam organisasi.  Pengurus perlu mengambil kira dua faktor utama dalam proses perekrutan dan pemilihan pekerja sama ada sumber dalaman atau pun sumber  luaran. Oleh itu , bagi memastikan bakal pekerja yang akan  mengisi kekosongan berkenaan dapat  digunakan dengan cekap  dan berupaya untuk memberi sumbangan terbaik kepada  pencapaian matlamat organisasi. Pengurus perlu ingat kemampuan mereka mendapat pekerja yang paling sesuai dengan tugas yang akan dilakukan akan mempengaruhi kelebihan kompetitif yang akan dimiliki oleh organisasi.( Ab Aziz Yusof , 2006)

Perekrutan  di definisikan sebagai proses menempatkan dan menggalakkan calon pekerja yang berpontesi untuk mengisi kekosongan bagi sesuatu jawatan dalam organisasi ( Bohlander , Snell dan Sherman 2000). Manakala  penjelasan yang lain   bahawa perekrutan merupakan aktiviti yang akan mempengaruhi jumlah dan jenis calon-calon yang meminta kerja dan melihat sama ada calon tersebut menerima kerja tersebut atau tidak jika ditawarkan. Hal  ini demikian kerana sebelum mengisi kekosongan , organisasi perlu mencari pekerja yang bukan saja berkelayakan dari segi akademik , kepakaran dan pengalaman tetapi juga mempunyai minat untuk berkhidmat , keikhlasan dan kesediaan untuk memberi komitmen yang tinggi terhadap pekerjaan yang akan dipertanggungjawabkan.( Ab Aziz Yusof , 2006 )

Pemilihan pula adalah suatu proses untuk mengenalpasti individu yang mempunyai kelayakkan yang sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan yag sedia ada atau jawatan baru  yang bakal wujud. Kekosongan berlaku mungkin akibat daripada perletakkan jawatan , kematian , persaraan dan perkembangan syarikat. Proses penapisan ini berdasarkan ciri-ciri tertentu seperti umur , akademik ,  berat badan dan sebagainya. Kriteria ini adalah berdasarkan keperluan kepada sesuatu pekerjaan.  Selain itu ,    terdapat jua ciri-ciri tambahan dalam pemilihan pekerja yang benar-benar  berpotensi seperti cara berinteraksi , ciri-ciri fizikal , cara berpakaian , imej diri dan sebagainya. Kemungkinan juga sesetengah calon akan diberikan ujian tertentu dengan berdasarkan keperluan kerja.( Ab Aziz Yusof , 2006 )

Pada masa kini perekrutan dan pemilihan mempunyai perisian sistem secara talian bagi menjalankan proses perkara ini. Bagi perekrutan secara perisiana sistem secara talian ia mengandungi  proses sistem yang akan membantu majikan untuk mengiklan jawatan kosong yang ada pada  organisasi dan sekaligus membuka  permohonan pekerjaan pada calom-calon yang berminat untuk menghantar permohonan melalui perisian sistem secara talian. ( Ab Aziz Yusof , 2006)

Bagi pemilihan pekerja  pula , sistem secara talian ini menyediakan senarai pemohon-pemohon yang berkelayakan untuk memenuhi jawatan-jawatan kosong yang ditawarkan melalui sistem kawalan jawatan dan diterangkan melalui sistem maklumat  rekabentuk dan analisis kerja.  Sistem  ini perlu pelbagai maklumat  contohnya senarai jawatan kosong ,  keperluan kerja setiap jawatan , senarai pekerja yang akan dijangka bersara dan ringkasan maklumat pemohon.  (Raymond A.Noe , 2000)

 Kelebihan  penggunaan sistem perekrutan dan pemilihan ialah memudahkan  membuat proses  pada organisasi. Di mana  dapat menjimatkan masa majikan  untuk membuat perekrutan dan pemilihan  calon  kerja yang terbaik bagi mengisi kekosongan organisasi. Calon dapat menjimatkan masa mengisi borang permohonan serta dapat dengan mudah melihat kekosongan jawatan yang ada. Kelebihan yang lain ialah  majikan dapat mencapai sasaran calon  yang terbaik dan berkualiti tidak kira samada di dalam atau di luar negara dan negeri. Majikan dapat mengurangkan kos pegiklanan jawatan kosong melalui media cetak serta dapat mengurangkan beban kerja kepada pengurus sumber manusia dalam perekrutan dan pemilihan pekerja.(Raymond A.Noe , 2000 )

Keburukan bagi penggunaan sistem secara talian dalam perekrutan dan pemilihan pekerja ialah sistem terhad pada satu organisasi saja di mana pekerja dalam organisasi saja yang berpeluang  masuk ke dalam sistem ini. Selain itu , maklumat yang di simpan  dalam sistem dengan mudah boleh hilang dan dicerobohi. ( Raymond A.Noe , 2000)

1.Ab Aziz Yusof(2006) , Pengurusan Sumber Manusia –Konsep , Isu  dan Pelaksanaan  , edisi ketiga , diterbitkan Pearson Prentice Hall Malaysia Sdn.Bhd.
2.Raymond A.Noe (2000) , Human Resources Managment , Publishing  New York McGraw-Hill Companies , Inc.

No comments:

Post a Comment